Pages

Friday 2 November 2012

Jawatan Kosong Yayasan Angkasawan Malaysia - 22 November 2012


Yayasan Angkasawan Malaysia  merupakan sebuah yayasan yang bertanggungjawab bagi menjalankan kesedaran awam terhadap kepentingan menyediakan modal insan berasaskan sains, teknologi dan inovasi bagi pembangunan negara agar dapat dilaksanakan secara terancang, meluas, berkesan dan berterusan di samping menyediakan peluang bagi penyertaan pihak korporat.

 
KETUA UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN
Selangor
Responsibilities:
Senarai Tugas:
 
Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif YAM (KPE) dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab berikut:
 
 
Kewangan
 
  • Membantu KPE dalam mengurus dan mengawal selia, menyelaras sistem dan operasi kewangan dan akaun YAM
  • Menguruskan dan mendapatkan tajaan/derma bagi yayasan
  • Membantu mengawal selia dan menyelaras proses merekodkan dan memantau aset YAM
  • Membantu menyediakan bajet tahunan YAM
  • Membantu menyelaraskan kos program/projek yang dicadangkan oleh unit lain, ahli-ahli dan KPE untuk dikemukakan oleh BOT dan kerajaan
  • Membantu menyediakan akaun tahunan YAM untuk diaudit dan dibentangkan kepada BOT dan Setiausaha Syarikat (SS)
  • Membantu menjadi sekretariat kepada jawatankuasa Kewangan YAM
  • Membantu menyelaras dan memantau perbelanjaan dan pembayaran untuk semua unit di YAM mengikut projek dan program yang ditetapkan oleh YAM
  • Membantu menyediakan laporan prestasi kewangan untuk dibentangkan kepada KPE, BOT dan Kerajaan
  • Membantu melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KPE dan BOT
 
Pentadbiran
 
  • Merancang perkara-perkara mengenai pembangunan organisasi meliputi perancangan tenaga manusia, skim perkhidmatan, pengurusan perubahan dan penyusunan semula organisasi.
  • Merancang pengisian jawatan dan menyelia mengenai kakitangan meliputi urusan-urusan perjawatan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib.
  • Merancang aktiviti-aktiviti mengenai pengurusan sumber manusia
  • Merancang, menyelia dan menilai mengenai aspek-aspek pembangunan kerjaya dan perhubungan pekerja, pengurusan prestasi dan kompetensi, pengiktirafan, kaunseling dan perhubungan dengan kesatuan sekerja.
  • Menyediakan laporan mengenai hal-hal sumber manusia dan melaporkan kepada KPE dan BOT
Requirements:
  1. Kelayakan minimum ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
  2. Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
  3. Berkeupayaan dalam menyediakan kertas kerja dan usulan serta berkebolehan berurusan dengan pelanggan Korporat dan Kerajaan bagi mendapatkan tajaan kewangan
  4. Berkebolehan merancang, mengatur, mengetuai dan memotivasikan pasukan   serta mempunyai kemahiran berinteraksi dan interpersonal
  5. Mempunyai pemahaman yang baik mengenai Akta Kerja (Employment Act), Company Act dan pentadbiran kewangan syarikat
  6. Berdikari, aktif, berdaya usaha, kreatif dan pintar serta berkebolehan menyelesaikan masalah dan sanggup menghadapi cabaran dan tekanan
  7. Mencapai objektif unjuran yang ditetapkan serta boleh bekerjasama dalam satu kumpulan
Tarikh tutup permohonan: 22 November 2012
 

No comments:

Post a Comment